Saturday, October 23, 2010

Irfan is 3!!!!


20102010 irfan is 3!
cantikkan no tu...
dah besar dah anak mommy walaupun badan tetap kemetot tapi sangat potpet n garang macam tiger....roar!!

kami tak buat party pun
mommy berjaya buat cake sendiri untuk fanfan
tadaaa....

mommy doakan semoga irfan iskandar menjadi anak soleh yang sentiasa taat kepada Penciptanya, disenangi semua, sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik, belajar pandai2....amin



Sunday, October 17, 2010

new title....baru nak update!!!

since dah ada 3rd edition, blog ni kena edit le jugak.....
ini pun edit nak cepat, nnt kalau ada masa, tukar ngan layout2 sekali..
walaupun amanda dah nak masuk 4 bulan, nak intro gak...



1 day old


nama si kecik, our first gegirl NUR AISYAH AMANDA BINTI HASRUL AFENDY
seronok mmg seronok sbb dah dapat collection bunga sekuntum...
si amanda ni sgt suka senyum. hilang rasa penat bila tgk dia senyum


3 months old

so far she is breastfed exclusively..
walaupun stock semakin berkurang, supply pun makin kurang sebab demand makin banyak, mommy akan cuba sedaya upaya supaya amanda boleh hisap nenen mommy selama mungkin
mommy penat le sebenarnya, banyak sangat keje hari ni...
nanti sambung lagi


Friday, October 15, 2010

hmmm ntahle...

tergelak plak baca artikel under drypers adv kat Majalah Har.moni... artikel tu cerita ttg 3 org ibu yang sort of 'berlawan' nak kata anak diaorang le yang hebat. mmg betul, mmg itu lah hakikatnya. anak2 tak tau apa2 pun, mak2 yang asyik bergaduh...kelakar kan???? itu belum anak2 yang sebaya ambik exam, semua nak kata anak aku le yg bagus

kadang2 bukannya nak cerita sangat tapi meluat ngan mak2 yang mcm tu...bila dipikirkan kita pun sama ngek gak kan??? mmg lepas ni saya akan cuba untuk silence bila perbincangan seperti itu berlangsung....

ada tu bila timbul je cite pasal anak, dia tak sabar2 nak mencelah n cite pasal anak dia gak, anak dia le bagus, pandai buat tu, buat ni. ada plak yang risau sangat anak dia pelik dari anak2 org lain.

pada saya tak kisah le anak kita tu mcm mana pun, kita cuba yang terbaik untuk didik dia, sentiasa doakan yang terbaik untuk dia, kalau Allah dah tentukan anak kita mcm tu, apalah daya kita. kalau takde anak lagi sedih kan??

mungkin ada anak2 yang hyper or ASD...that's a lot better drp dapat anak bile dah besar jadi penjahat, derhaka pada ibu bapa, perosak anak dara org lain...

apa le yang aku bebelkan ni????



Monday, August 2, 2010

amir is 4!!!

ntah apa2 mommy ni...
maternity leave 60 hari tapi lupa buat special entry for amir's birthday!!!
yes, amir is entering the 4th year of his life on 15th july 2010...
alhamdulillah amir semakin besar, sihat n clever!!!
mommy doakan amir berjaya di dunia dan akhirat, jd anak yang soleh dan belajar rajin2...


I LOVE U!!!

Tuesday, June 15, 2010

progress amir n irfan-during my 39w of pregnancy

mommy sekarang ni dah sarat sangat...nak jalan pun tak larat sangat tapi kerja rumah tetap kena buat gak...kalau tak sian kat abah...

beberapa hari lepas, lepak ngan amir sambil baca2 buku animal. memangle mommy selalu gak baca kan dia ABC..tapi tgk dia tak le pay attention sangat. but while mommy keep on nyanyi ABC kat dia, amazingly he knows the letter..ho pointed at the letter and sebut tu huruf apa....mommy sangat impressed.... mommy believed that amir is very sharp n sangat mudah nak ingat sesuatu mende tu walaupun sangat susah amir nak verbally sound them back...
tapi sekarang ni vocab amir dah sangat banyak....amir dah pandai mintak "nak koko krunch!"
mommy tiap2 hari doa supaya amir cepat cakap, diaperless n dengar arahan....
amir jangan le noty2. bila mommy n abah say NO, amir jgn buat gak...nnt bila amir kena babab kan sakit.....amir demam skrg ni, mommy mmg sangat risau. hopefully amir akan cepat recover. tapi mommy tahu amir sgt cool...bila datang time 'terlebih gula' tu je yg mommy tak larat nak handle...kalau ada rezeki nnt mommy beli iPod Touch...nnt kita share main sama2 kay???? mommy nak suh amir belajar betul2...next month amir will be 4!!!!

irfan plak semakin ngada2 n poyo....mommy tau irfan buat perangai sbb irfan nak dapat adik. irfan selalu jeles ngan abg amir bila dia manja ngan mommy n abah....selalu ketuk abg amir... jangan le buat camtu!!! irfan ada sorang tu je abang...jangan le garang sangat...walupun irfan ada adik nnt, mommy akan tetap sayang irfan sama je...of course le masa mommy ngan irfan akan kurang sikit tapi believe me, irfan tetap 'mocel' mommy yang musyuk masyam....

kalau mommy kat ofis mmg bila tgk gambar irfan ngan abang amir, mmg hilang semua rasa tension mommy....both of u really make my day!!! hopefully dgn kehadiran baby aisyah nnt, kita semua akan makin happy.....

bila mommy baca kisah kiddos lain pasal progress diaorang dari segi percakapan, their progress, apa yang mak bapak diaorg banggakan mmg kadang2 membuatkan mommy terpikir, apa salah aku? aku salah didik ke? kenapa anak2 aku tak macam nak org lain? tapi mommy reverse balik, i did my best to raise both of u and i will never retreat!!! mommy percaya korang akan membuatkan mommy proud satu hari nanti, korang akan jadi anak2 yang soleh kepada mommy n abah yang akan sentiasa mendoakan kami.. the time is just not right yet!!!! biarlah org lain.... both of u are our precious, our gems....semoga makbul doa mommy, amin.....


Monday, May 17, 2010

TOYOTA VIOS
NIKON
VARILUX
KFC
SONY
WALKMAN
amir asyRAAF
irfan iskanDAR

new words of amir....
he can also count one to ten tapi dalam version malu2...

hari ni pegi jumpa speech therapist..


Wednesday, April 21, 2010

amir's progress

amir's new words:

1. koko krunch
2. home
3. upin ipin
4. opek
5. wa-ee-ta-wa (waalaikumussalam..)

hahahahahaha


Sunday, March 21, 2010

amir nak pegi mana?

before this, kalau tanya amir, dia nak pegi mana or dari mana, jawapan dia mesti "kayh-ell"

mommy pun ajarle amir bukan "KL", but "school" or "home"

alhamdulillah, sekarang ni dia dah nak pegi "koool"....

mommy sangat suka!!!
:D ngeeeeee


Tuesday, March 9, 2010

dari KL...

sekarang ni kalau tanya amir...
"amir dari mana?"
dia akan jawab,
"Kay - Ell (KL)"

cheh!!! amir orang kuantan le.......

cute sangat amir...mommy loves u!!!!

Tuesday, February 9, 2010

FAILED????

adakah anda rasa anda seorang ibu yang gagal jika:

1. anak2 anda speech delay? "tak pandai cakap lagi????"
2. anak2 anda masih memakai diaper? "aik!! dah besar2 pun pakai diaper lagi?"
3. anak2 anda masih belum pandai panggil anda 'mommy'?
4. anda sering di'condemn' sebab kekurangan anak2 anda-seolah-olah anda tidak berusaha langsung menangani masalah tersebut?
5. salah sorang anak anda tidak mahu makan proper food?
6. anak anda tidak besar-seolah-olah anda tak beri anak anda makan


what's your opinion???
kadang2 orang yang hampir ngan kita selalu condemn kita....
sangat sedih...



Monday, January 25, 2010

BESAR PUNYA!!!!

self-captured photo


lama tak update blog ni....
main blog pun payah nak update ini plak blog yang lagi satu ni...
b4 this asyik cite pasal Irfan Iskandar je...
kali ni cite pasal Amir Asyraaf plak..
so, dah masuk 3 bulan pegi school, amir dah banyak improvement
skrg ni pegi school mmg bukan masalah bg dia.
tak kira, dah lama dok umah ke, hantar lambat ke ambik lambat ke, no problem
turun je kereta, dah tahu mana nak pegi
mommy really proud of u!!
sekarang ni pun byk mende yang dia dah pandai ajuk, esp from iklan TV
e.g:
BESAR PUNYA!!! = "TA, NYE!"
STAR WORLD = "TA WER"
DAIA = "DAI-YA"

tapi tantrum dia pun kengkadang membuatkan kami hilang sabar gak...
some words dia dah kenal cuma masalahnya dia taknak cakap. kalau kita sebut, dia akan tunjuk which one....photographic memory dia quite good!
i know and i admit that my amir is special in his own way...doctorn therapist pun still tak leh define what is his actual problem
we just hoping n praying for the best for him. we just have to believe in him...

last saturday baru botakkan kepala dia...walaupun tak berapa hensem tapi nampak dia selesa.. bila dah botak ni...nampak sgt bulu mata dia yg panjang tu!!!
still tak berjaya ambik gambar dia...nanti le. tak larat nak berebut camera ngan dia...almaklumle mommy dah semakin memboroi ni...hehehehehe

marilah sama2 doakan supaya amir jadi anak dan manusia yang sempurna fizikal n mental. menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh.....amin ya rabbal a'lamin...

I LOVE YOU AMIR!!!!!!

Monday, January 11, 2010

basikal tua...



irfan and basikal posmen tahun 70-an
my dad's collection.
dia nak cuba ride the bike
besar sangat anak oiiii...


Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers