Tuesday, June 15, 2010

progress amir n irfan-during my 39w of pregnancy

mommy sekarang ni dah sarat sangat...nak jalan pun tak larat sangat tapi kerja rumah tetap kena buat gak...kalau tak sian kat abah...

beberapa hari lepas, lepak ngan amir sambil baca2 buku animal. memangle mommy selalu gak baca kan dia ABC..tapi tgk dia tak le pay attention sangat. but while mommy keep on nyanyi ABC kat dia, amazingly he knows the letter..ho pointed at the letter and sebut tu huruf apa....mommy sangat impressed.... mommy believed that amir is very sharp n sangat mudah nak ingat sesuatu mende tu walaupun sangat susah amir nak verbally sound them back...
tapi sekarang ni vocab amir dah sangat banyak....amir dah pandai mintak "nak koko krunch!"
mommy tiap2 hari doa supaya amir cepat cakap, diaperless n dengar arahan....
amir jangan le noty2. bila mommy n abah say NO, amir jgn buat gak...nnt bila amir kena babab kan sakit.....amir demam skrg ni, mommy mmg sangat risau. hopefully amir akan cepat recover. tapi mommy tahu amir sgt cool...bila datang time 'terlebih gula' tu je yg mommy tak larat nak handle...kalau ada rezeki nnt mommy beli iPod Touch...nnt kita share main sama2 kay???? mommy nak suh amir belajar betul2...next month amir will be 4!!!!

irfan plak semakin ngada2 n poyo....mommy tau irfan buat perangai sbb irfan nak dapat adik. irfan selalu jeles ngan abg amir bila dia manja ngan mommy n abah....selalu ketuk abg amir... jangan le buat camtu!!! irfan ada sorang tu je abang...jangan le garang sangat...walupun irfan ada adik nnt, mommy akan tetap sayang irfan sama je...of course le masa mommy ngan irfan akan kurang sikit tapi believe me, irfan tetap 'mocel' mommy yang musyuk masyam....

kalau mommy kat ofis mmg bila tgk gambar irfan ngan abang amir, mmg hilang semua rasa tension mommy....both of u really make my day!!! hopefully dgn kehadiran baby aisyah nnt, kita semua akan makin happy.....

bila mommy baca kisah kiddos lain pasal progress diaorang dari segi percakapan, their progress, apa yang mak bapak diaorg banggakan mmg kadang2 membuatkan mommy terpikir, apa salah aku? aku salah didik ke? kenapa anak2 aku tak macam nak org lain? tapi mommy reverse balik, i did my best to raise both of u and i will never retreat!!! mommy percaya korang akan membuatkan mommy proud satu hari nanti, korang akan jadi anak2 yang soleh kepada mommy n abah yang akan sentiasa mendoakan kami.. the time is just not right yet!!!! biarlah org lain.... both of u are our precious, our gems....semoga makbul doa mommy, amin.....


Monday, May 17, 2010

TOYOTA VIOS
NIKON
VARILUX
KFC
SONY
WALKMAN
amir asyRAAF
irfan iskanDAR

new words of amir....
he can also count one to ten tapi dalam version malu2...

hari ni pegi jumpa speech therapist..


Wednesday, April 21, 2010

amir's progress

amir's new words:

1. koko krunch
2. home
3. upin ipin
4. opek
5. wa-ee-ta-wa (waalaikumussalam..)

hahahahahaha


Sunday, March 21, 2010

amir nak pegi mana?

before this, kalau tanya amir, dia nak pegi mana or dari mana, jawapan dia mesti "kayh-ell"

mommy pun ajarle amir bukan "KL", but "school" or "home"

alhamdulillah, sekarang ni dia dah nak pegi "koool"....

mommy sangat suka!!!
:D ngeeeeee


Tuesday, March 9, 2010

dari KL...

sekarang ni kalau tanya amir...
"amir dari mana?"
dia akan jawab,
"Kay - Ell (KL)"

cheh!!! amir orang kuantan le.......

cute sangat amir...mommy loves u!!!!

Tuesday, February 9, 2010

FAILED????

adakah anda rasa anda seorang ibu yang gagal jika:

1. anak2 anda speech delay? "tak pandai cakap lagi????"
2. anak2 anda masih memakai diaper? "aik!! dah besar2 pun pakai diaper lagi?"
3. anak2 anda masih belum pandai panggil anda 'mommy'?
4. anda sering di'condemn' sebab kekurangan anak2 anda-seolah-olah anda tidak berusaha langsung menangani masalah tersebut?
5. salah sorang anak anda tidak mahu makan proper food?
6. anak anda tidak besar-seolah-olah anda tak beri anak anda makan


what's your opinion???
kadang2 orang yang hampir ngan kita selalu condemn kita....
sangat sedih...



Monday, January 25, 2010

BESAR PUNYA!!!!

self-captured photo


lama tak update blog ni....
main blog pun payah nak update ini plak blog yang lagi satu ni...
b4 this asyik cite pasal Irfan Iskandar je...
kali ni cite pasal Amir Asyraaf plak..
so, dah masuk 3 bulan pegi school, amir dah banyak improvement
skrg ni pegi school mmg bukan masalah bg dia.
tak kira, dah lama dok umah ke, hantar lambat ke ambik lambat ke, no problem
turun je kereta, dah tahu mana nak pegi
mommy really proud of u!!
sekarang ni pun byk mende yang dia dah pandai ajuk, esp from iklan TV
e.g:
BESAR PUNYA!!! = "TA, NYE!"
STAR WORLD = "TA WER"
DAIA = "DAI-YA"

tapi tantrum dia pun kengkadang membuatkan kami hilang sabar gak...
some words dia dah kenal cuma masalahnya dia taknak cakap. kalau kita sebut, dia akan tunjuk which one....photographic memory dia quite good!
i know and i admit that my amir is special in his own way...doctorn therapist pun still tak leh define what is his actual problem
we just hoping n praying for the best for him. we just have to believe in him...

last saturday baru botakkan kepala dia...walaupun tak berapa hensem tapi nampak dia selesa.. bila dah botak ni...nampak sgt bulu mata dia yg panjang tu!!!
still tak berjaya ambik gambar dia...nanti le. tak larat nak berebut camera ngan dia...almaklumle mommy dah semakin memboroi ni...hehehehehe

marilah sama2 doakan supaya amir jadi anak dan manusia yang sempurna fizikal n mental. menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh.....amin ya rabbal a'lamin...

I LOVE YOU AMIR!!!!!!

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers